Friday, October 8, 2010

soalan percubaan stpm

Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah. [50]

1 Sejak akhir-akhir ini, penderaan dalam kalangan kanak-kanak berlaku secara berleluasa. Pada pendapat anda, apakah punca-punca penderaan ini berlaku? Kemukakan langkah-langkah untuk mengatasinya.

2 Penggunaan media baharu, seperti blog, face book, dan lain-lain kian menarik minat masyarakat kita pada hari ini. Berikan penjelasan anda tentang kesan penggunaan media baharu tersebut.

3 Projek perumahan terbengkalai yang terletak berhampiran dengan kawasan kediaman anda telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk setempat.

Sebagai pengerusi persatuan penduduk, anda bercadang untuk menghantar satu memorandum berkaitan isu tersebut kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam memorandum tersebut, anda menyatakan kekesalan tentang kesan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut dan anda menyarankan usul untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin.

4 Rakyat Malaysia kerap dipergunakan oleh sindiket penyeludupan dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah ke negara luar. Jelaskan punca-punca berlakunya aktiviti tersebut.

Bahagian B

5 Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20]

Pemanasan global dek kecuaian manusia menguruskan alam semulajadi telah menyebabkan sumber air permukaan seperti sungai, tasik dan empangan terjejas ekoran musim kemarau. Lantaran itu, manusia perlu bijak menggunakan sumber air bersih sedia ada termasuklah air tanah yang dijangka menjadi sumber kedua terpenting bekalan air pada masa hadapan. Bekalan air bersih sedia ada digunakan untuk pelbagai tujuan seperti mandi, memasak, membasuh dan sebagainya. Bagi mengelakkan pembaziran sumber air bersih pada masa hadapan, kesedaran telah timbul bahawa kita perlu memanfaatkan air hujan untuk tandas, penyiraman, landskap dan pembersihan kawasan iaitu dengan mengumpul dan menggunakannya melalui satu Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH).

Malaysia yang mempunyai keluasan 330,000 kilometer persegi dianugerahkan dengan hujan yang banyak iaitu 3000 mm atau sejumlah 990 bilion kiub meter persegi setahun. Walau bagaimanapun, negara masih dilanda kekurangan air akibat pertambahan penduduk yang pesat dan lanjutan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan panduan pemasangan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Air Hujan. SPAH telah dipraktikkan oleh masyarakat zaman silam seperti di Rom lebih empat ribu tahun dahulu, dan ketika itu rumah-rumah dan bandar-bandar telah direka bentuk untuk mengumpul air hujan dari bumbung rumah untuk kegunaan air minuman, masakan, mandi, membasuh dan sebagainya.

Dewasa ini, SPAH juga digunakan di negara yang banyak ataupun kurang hujan untuk bekalan air dan juga untuk kegunaan, seperti tandas, membasuh baju dan penyiraman landskap. Selain itu, SPAH juga digunakan untuk meningkatkan produktiviti pertanian dan sekuriti makanan untuk membasmi kemiskinan, malah SPAH juga boleh digunakan untuk mengurangkan banjir kilat dan menyelesaikan masalah penyusupan air bagi kawasan tidak telap air di kawasan perbandaran.

Kajian dengan kerjasama agensi-agensi lain dan institusi pengajian tinggi itu tertumpu kepada kajian terhadap aspek kuantiti dan kualiti pengumpulan air hujan, prestasi setiap komponen sistem dan pengurangan banjir dan membantu dalam bekalan air awam sokongan bagi memenuhi permintaan air bukan minuman dan penyediaan makanan. Hasil penyelidikan yang dijalankan di beberapa kawasan perumahan mendapati, SPAH berupaya untuk menjimatkan 34 peratus bekalan air awam melalui penggunaan air hujan bagi kegunaan di rumah.

Selain sumber air hujan, sumber air tanah merupakan sumber air kedua terpenting. Dalam keadaan musim kemarau dan kekurangan air seperti yang berlaku di beberapa buah negeri pada masa ini, sumber air tanah dilihat sebagai satu sumber alternatif untuk jangka panjang. Sumber air tanah adalah agak rumit dibangunkan secara ekonomik untuk bekalan air awam di perbandaran. Bekalan air tanah boleh memberikan sumbangan yang amat bermakna dan mampu memenuhi keperluan air negara pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan bekalan air awam tidak terjejas oleh kejadian kemarau, sumber air tanah wajar dibangunkan sebagai sumber air mentah sokongan. Dalam keadaan keperluan air semakin meningkat dan kekurangan bekalan air permukaan berlaku, maka usaha untuk membangunkan lebih banyak sumber air tanah akan menjadi lebih penting dan perlu diberi perhatian. Apabila masalah kekurangan bekalan air kian meningkat, maka keperluan untuk mengurus sumber air negara secara bersepadu akan menjadi semakin penting.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 17 Mac 2010)

Bahagian C

Jawab satu soalan sahaja.

6 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini ke dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog

ke dalam cakap pindah. [15]

Yoshimura

:

Nama kamu Yazid, bukan?

Yazid

:

Ya, tuan.

Yoshimura

:

(Menulis keterangan-keterangan yang diberi oleh Yazid itu). Apa kerja kamu?

Yazid

:

Bercucuk tanam dan berniaga sedikit-sedikit.

Yoshimura

:

Sekarang aku mahu kamu bercakap benar, jangan bohong. Jikalau kamu bercakap benar, sekarang juga aku lepaskan kamu.

Yazid

:

(Bersungguh-sungguh). Saya tak pernah cakap bohong, tuan.

Yoshimura

:

(Senyum sumbing). Baiklah, aku hendak bertanya adakah tidak orang-orang dalam kampung tempat tinggal kamu itu jadi ahli pergerakan anti-Jepun?

Yazid

:

(Dengan tidak berfikir lagi). Tidak! tuan.

Yoshimura

:

(Menengking). Apa? Cakap betul! (mencapai sebatang besi bulat kira-kira setengah inci tebalnya dan sekaki panjangnya dari atas mejanya dan mengacu-acukan besi itu kepada Yazid). Kalau kamu tak mahu cakap benar, nanti kena pukul dengan besi ini.

Yazid

:

(Ketakutan). Ya, tuan, saya memang cakap benar. Saya tak pernah cakap bohong, tuan. Saya pun tak tahu apa dia pergerakan anti-Jepun itu, tuan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1963)

7 Alih bentuk bahasa di bawah ini kepada bentuk prosa biasa. [ 15]

Fasal yang ke-15.

Adapun jikalau dipinjam kerbau orang maka ditaruhnya di dalam kandang hampir rumahnya maka ditangkap oleh harimau, maka mati kerbau itu, maka diganti setengah harganya kerana ia tiadalah taksir lagi. Jikalau jauh daripada rumahnya, kandangnya itu ditaruhnya, maka mati atau hilang diganti sepenuhnya harga kerbau itu.

Adapun jikalau meminjam kerbau atau lembu, maka ditarikkan kayu hatta mati kerbau itu atau lembu itu maka mati dengan tiada suatu sebab pun, mengganti setengah harganya. Adapun mati dengan suatu sebab mengganti setengah harganya.

Adapun jikalau dipinjam kerbau itu daripada tuannya, maka kata yang meminjam itu, hendak menenggala. Antara itu ditarikkan kayu atau barang sebagainya, maka mati kerbau itu, mengganti sepenuhnya kerana bersalahan janjinya yang meminjam itu. Adapun jikalau mati seperti yang dijanjikan tatkala ia meminjam itu mengganti setengah harganya. Adapun jikalau dipinjam kerbau atau lembu atau kambing, maka ditaruhkan di dalam kandangnya, maka ditangkap oleh harimau diganti sepertiga harganya. Jikalau dipinjam kerbau atau lembu dan kambing dengan ditentukan harganya kepada tuannya, maka mati iaitu diganti sepenuhnya harganya. Demikianlah hukumnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Abu Hassan Sham,

Hukum Kanun Melaka,1995.

Penerbitan Perbadanan Muzium Melaka, halaman 66 – 67)

Bahagian D

8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15]

Dua faktor yang mendorong individu membuang atau membunuh bayi ialah malu dan takut. Perasaan malu dan takut menghantui diri apabila memikirkan kemungkinan menghadapi keadaan yang tidak menentu atau terpaksa berdepan dengan pihak tertentu. Dalam menghadapi keadaan panik, yang terlintas di fikiran mereka hanya membuang bayi sahaja. Bayi-bayi tersebut dibuang ke dalam longkang, sungai, tempat pelupusan sampah dan sebagainya. Statistik polis menunjukkan kira-kira 100 bayi dibuang setiap tahun. Tetapi hakikatnya bilangan sebenar pembuangan bayi mungkin jauh lebih tinggi.

1. d

Monday, October 5, 2009

Majlis Jamuan Jalinan Mesra GC

Semasa Majlis Jamuan Jalinan Mesra Guru Cemerlang KL

Friday, October 2, 2009